Jumaat, 2 Mac 2012

MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT

Era alaf 21 menitikberatkan penggunaan teknologi di dalam pelbagai bidang kerjaya yang ada di Malaysia. Tidak ketinggalan juga dalam sistem pendidikan di negara kita Malaysia, penggunaan teknologi menjadi satu alat untuk meningkatkan kecemerlangan sama ada di dalam pengurusan pentadbiran mahupun di dalam bilik darjah. Justeru, pihak Sekolah Kebangsaan Sapintas tidak ketinggalan, berjalan seiring dengan perkembangan yang pesat di dalam penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas iniasitif guru-guru dan kerjasama dari kakitangan serta warga sekolah, maka membudayakan penggunaan ICT ini telah diperluaskan lagi penggunaannya di bilik-bilik khas.

Selain daripada makmal komputer yang sedia ada yang telah dilengkapi dengan peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru telah mewujudkan penggunaan ICT di dalam Pusat Sumber Sekolah, bilik SAC (Self Asscess Centre), Makmal Sains, bilik j-QAF, kelas Prasekolah dan bilik darjah. Penggunaan ICT waktu pengajaran dan pembelajaran amat menarik minat murid-murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini secara tidak langsung mahir menggunakan ICT dan dapat melihat sendiri cara penggunaan ICT dengan betul dan berkesan. Maka, sewajarnya setiap sekolah membudayakan penggunaan ICT sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan ICT ini tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja, bahkan penggunaannya boleh diperluaskan lagi sama ada semasa atau ketika mengadakan program atau aktiviti sekolah, di dalam mesyuarat pengurusan atau guru dan sebagainya.

Pandangan dari pintu utama sekolah 
Makmal Sains


Makmal Komputer
Bilik SAC (Self Asscess Centre)
Bilik j-QAF

Pusat Sumber Sekolah



Kelas Prasekolah
Penggunaan ICT Di Dewan Sekolah - Program Sekolah

Tiada ulasan: