Rabu, 29 Februari 2012

TAKLIMAT SEKOLAH PEMANGKIN 2012

28 Februari 2012 bersamaan dengan hari Selasa, SK Sapintas Sabak Bernam telah dijemput untuk menghadiri taklimat sekolah pemangkin 2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) Shah Alam. Ini berikutan hasil daripada penarafan SSQS (Smart School Qualification Standards) tahun 2011, di mana SK Sapintas telah mencapai 5 bintang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru SK Sapintas. Sebanyak 32 buah sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor yang berjaya mencapai 5 bintang pada penarafan SSQS 2011. Pada taklimat itu disampaikan sijil penghargaan 5 bintang kepada semua sekolah yang berjaya. Taklimat itu telah dihadiri oleh pengetua-pengetua, guru besar-guru besar dan guru penyelaras bestari dari sekolah-sekolah berkenaan serta pegawai-pegawai teknologi daripada Pusat Kegiatan Guru daerah.

Agendanya adalah seperti berikut :

9.00 pagi     : Pendaftaran

9.15 pagi     : Ucaptama oleh,
                      Tn Hj Mohd Nor bin Abu
                      Ketua Penolong Pengarah, BTPN

10.00 pagi   : Minum pagi

10.30 pagi   : Peranan Sekolah Pemangkin oleh,
                      En Munir bin Mat Yaub
                     Pegawai Teknologi Pendidikan
                     Unit Perkhidmatan ICT, BTPN

11.30 pagi   : Perkongsian maklumat oleh sekolah

                      Penyampaian sijil penghargaan

                      Bersurai

Ucaptama oleh : Tn Hj Mohd Nor b Abu
Ketua Penolong Pengarah, BTPN

Peranan Sekolah Pemangkin oleh En Munir b Mat Yaub
Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN


Suasana Ketika Taklimat Berlangsung
Pn Hjh Nor Ayezati bt Awang
Guru Besar SK Sapintas menerima sijil penghargaan 5 bintang
daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN


Guru Besar-Guru Besar & Pengetua-Pengetua
bersama KPP, BTPN


Guru-Guru Penyelaras Bestari
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada SK Sapintas dan sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai 5 bintang di dalam penarafan SSQS 2011. Semoga 2012 dan seterusnya, SK Sapintas dan sekolah-sekolah lain akan terus mengekalkan kecemerlangan ini, insyaallah........


Selasa, 21 Februari 2012

KEM PAFA TAHUN 6

 Pendahuluan

Kem PAFA (Perkara Asas Fardu Ain) SK Sapintas di bawah pengurusan  dan kelolaan Panitia Pendidikan Islam serta ia merupakan satu kesinambungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang ingin dipastikan benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kem PAFA ini melibatkan murid-murid Tahun 6  SK Sapintas.

Rasional

Melahirkan murid yang mempunyai pegangan keyakinan terhadap Allah sebagai RABB yang mantap dan mampu menghadapi pelbagai cabaran masa depan sebaik tamat sekolah rendah, sekaligus menjadi generasi penyambung tugas para Rasul alaihissalam.

 Objektif

1.                  Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna.

2.                  Melahirkan murid yang mempunyai kemantapan di dalam perkara-perkara asas Fardu Ain.

3.                  Murid dapat mengamalkan perkara-perkara asas Fardu Ain dalam kehidupan seharian dengan betul dan sempurna.

4.                  Melahirkan murid yang dapat menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.

 Kem PAFA ini telah diadakan pada 18.2.2012 bersamaan dengan 25 Rabiulawal 1433 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di SK Sapintas.

Tentatif Program

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN

7.30 pagi



8.00 pagi



10.00 pagi

10.30 pagi



12.30 tengah hari



Ø  Pendaftaran & Taklimat

Ø  Pembahagian Kumpulan

Ø  Kod 06 – Cara Berwuduk

Ø  Kod 10 – Amali Solat Fardu

Ø  Rehat/Kudapan

Ø  Kod 09 – Azan dan Iqamat

Ø  Kod 07 - Tayamum

Ø  Majlis Penutup

Ø  Makan Tengah hari


Norazizah Ishak

Norazizah Ishak

Semua Fasilitator

Semua Fasilitator

Siti Marsuchi Paniran

Semua Fasilitator

Semua Fasilitator

Semua Murid/Fasilitator

Siti Munirah Bain


Taklimat dari Ketua Fasilitator
Peserta Kem Kusyuk Mendengar Taklimat

Amali Wuduk

Doa Lepas Wuduk
Amali Solat Fardu Subuh

Perbincangan Kumpulan

Suasana Waktu Rehat

Amali Azan Dan Iqamat Serta Doa Lepas Azan Dan Iqamat

Amali Tayamum

Ucapan Perasmian Penutupan Oleh Guru Besar

Penyampaian Hadiah

PROGRAM MAULIDUR RASUL

Panitia Pendidikan Islam SK Sapintas Sabak Bernam telah mengadakan Program Maulidur Rasul pada 3.2.2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Gemilang, SK Sapintas. Program Maulidur Rasul ini merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Program ini diadakan bertujuan untuk memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w serta menghidupkan sunnahnya. Mudah-mudahan semua warga SK Sapintas mendapat manafaat daripada program tersebut.

Tentatif Program

7.45 pagi       : Perarakan dan Selawat
                         Ucapan Guru Besar
                         Persembahan Murid : Layakkah Aku Menjadi Umatmu
                         Tayangan Video
                              1. Kelahiran Rasulullah s.a.w
                              2. Air Mata Rasulullah s.a.w
                              3. Pesan Rasulullah s.a.w Buat Wanita                        
                         Kuiz
10.10 pagi    : Jamuan


Suasana Di Dalam Dewan Gemilang








Ucapan Guru Besar
     
  
Tayangan Video








Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Kuiz


Murid Menjawab Kuiz