Selasa, 21 Februari 2012

KEM PAFA TAHUN 6

 Pendahuluan

Kem PAFA (Perkara Asas Fardu Ain) SK Sapintas di bawah pengurusan  dan kelolaan Panitia Pendidikan Islam serta ia merupakan satu kesinambungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang ingin dipastikan benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kem PAFA ini melibatkan murid-murid Tahun 6  SK Sapintas.

Rasional

Melahirkan murid yang mempunyai pegangan keyakinan terhadap Allah sebagai RABB yang mantap dan mampu menghadapi pelbagai cabaran masa depan sebaik tamat sekolah rendah, sekaligus menjadi generasi penyambung tugas para Rasul alaihissalam.

 Objektif

1.                  Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna.

2.                  Melahirkan murid yang mempunyai kemantapan di dalam perkara-perkara asas Fardu Ain.

3.                  Murid dapat mengamalkan perkara-perkara asas Fardu Ain dalam kehidupan seharian dengan betul dan sempurna.

4.                  Melahirkan murid yang dapat menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.

 Kem PAFA ini telah diadakan pada 18.2.2012 bersamaan dengan 25 Rabiulawal 1433 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di SK Sapintas.

Tentatif Program

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN

7.30 pagi



8.00 pagi



10.00 pagi

10.30 pagi



12.30 tengah hari



Ø  Pendaftaran & Taklimat

Ø  Pembahagian Kumpulan

Ø  Kod 06 – Cara Berwuduk

Ø  Kod 10 – Amali Solat Fardu

Ø  Rehat/Kudapan

Ø  Kod 09 – Azan dan Iqamat

Ø  Kod 07 - Tayamum

Ø  Majlis Penutup

Ø  Makan Tengah hari


Norazizah Ishak

Norazizah Ishak

Semua Fasilitator

Semua Fasilitator

Siti Marsuchi Paniran

Semua Fasilitator

Semua Fasilitator

Semua Murid/Fasilitator

Siti Munirah Bain


Taklimat dari Ketua Fasilitator
Peserta Kem Kusyuk Mendengar Taklimat

Amali Wuduk

Doa Lepas Wuduk
Amali Solat Fardu Subuh

Perbincangan Kumpulan

Suasana Waktu Rehat

Amali Azan Dan Iqamat Serta Doa Lepas Azan Dan Iqamat

Amali Tayamum

Ucapan Perasmian Penutupan Oleh Guru Besar

Penyampaian Hadiah

Tiada ulasan: