Rabu, 29 Februari 2012

TAKLIMAT SEKOLAH PEMANGKIN 2012

28 Februari 2012 bersamaan dengan hari Selasa, SK Sapintas Sabak Bernam telah dijemput untuk menghadiri taklimat sekolah pemangkin 2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) Shah Alam. Ini berikutan hasil daripada penarafan SSQS (Smart School Qualification Standards) tahun 2011, di mana SK Sapintas telah mencapai 5 bintang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru SK Sapintas. Sebanyak 32 buah sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor yang berjaya mencapai 5 bintang pada penarafan SSQS 2011. Pada taklimat itu disampaikan sijil penghargaan 5 bintang kepada semua sekolah yang berjaya. Taklimat itu telah dihadiri oleh pengetua-pengetua, guru besar-guru besar dan guru penyelaras bestari dari sekolah-sekolah berkenaan serta pegawai-pegawai teknologi daripada Pusat Kegiatan Guru daerah.

Agendanya adalah seperti berikut :

9.00 pagi     : Pendaftaran

9.15 pagi     : Ucaptama oleh,
                      Tn Hj Mohd Nor bin Abu
                      Ketua Penolong Pengarah, BTPN

10.00 pagi   : Minum pagi

10.30 pagi   : Peranan Sekolah Pemangkin oleh,
                      En Munir bin Mat Yaub
                     Pegawai Teknologi Pendidikan
                     Unit Perkhidmatan ICT, BTPN

11.30 pagi   : Perkongsian maklumat oleh sekolah

                      Penyampaian sijil penghargaan

                      Bersurai

Ucaptama oleh : Tn Hj Mohd Nor b Abu
Ketua Penolong Pengarah, BTPN

Peranan Sekolah Pemangkin oleh En Munir b Mat Yaub
Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN


Suasana Ketika Taklimat Berlangsung
Pn Hjh Nor Ayezati bt Awang
Guru Besar SK Sapintas menerima sijil penghargaan 5 bintang
daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN


Guru Besar-Guru Besar & Pengetua-Pengetua
bersama KPP, BTPN


Guru-Guru Penyelaras Bestari
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada SK Sapintas dan sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai 5 bintang di dalam penarafan SSQS 2011. Semoga 2012 dan seterusnya, SK Sapintas dan sekolah-sekolah lain akan terus mengekalkan kecemerlangan ini, insyaallah........


Tiada ulasan: