Isnin, 30 April 2012

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

Pelancaran Amalan Guru Penyayang, SK Sapintas Sabak Bernam, Selangor telah diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh          : 30 April 2012 / 9 Jamadilakhir 1433

Hari             : Isnin

Masa           : 7.40 pagi hingga 8.30 pagi

Tempat       : Dataran Perhimpunan

Objektif       : 1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru.

                     2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Konsep       : 1. Guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap
                         setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya.

                     2. Menjiwai murid merupakan aset penting kepada sekolah.

                     3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru
                         dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.

Program Amalan Guru Penyayang Sepanjang Tahun 2012 :

1. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid.

2. Memberi penghargaan kepada murid.

3. Ucapan selamat pulang kepada murid.

4. Sentiasa mendampingi murid sewaktu rehat.

5. Ucapan atau pemberian kad hari lahir kepada murid-murid semasa di perhimpunan. 

ucapan & pelancaran oleh :
Pn Hjh Nor Ayezati binti Awang
Guru Besar SK Sapintas

barisan guru-guru lelaki penyayang

barisan guru-guru perempuan penyayang

murid-murid yang disayangi dan dikasihi

murid-murid yang disayangi dan dikasihi

penghargaan kepada murid
kategori murid rajin (pelajaran/pandai)

penghargaan kepada murid
kategori sahsiah/kelakuan baik

penghargaan kepada murid
kategori murid smart/kemas/kebersihan

penghargaan kepada murid
kategori peningkatan sahsiah

Jumaat, 20 April 2012

KEJOHANAN KRIKET DAERAH SABAK BERNAM 2012

SK Sapintas telah dipilih menjadi tuan rumah peringkat daerah Sabak Bernam di dalam kejohanan kriket. Kejohanan kriket ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 April 2012. Seramai 5 buah sekolah rendah daerah Sabak Bernam yang mengambil bahagian di dalam sukan tersebut. Sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian terdiri daripada :

1.  Sekolah Kebangsaan Sapintas, Sabak Bernam

2.  Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Sungai Besar

3.  Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sungai Besar

4.  Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sungai Air Tawar

5.  Sekolah Kebangsaan Parit 9 Sekinchan

Keputusan kejohanan kriket :

Johan           : Sekolah Kebangsaan Parit Baru

Naib Johan   : Sekolah Kebangsaan Parit 9 Sekinchan

Tempat ke 3 : Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya

Tempat ke 4 : Sekolah Kebangsaan Sapintas

Tempat ke 5 : Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia

Best Bowler         : Mohamad Shahrul Rizal b Badrihisam (SK Parit Baru)

Best Wicket         : Muhd Sahnizan b Samsudin (SK Binjai Jaya)

Best Batsmen      : Mohamad Hafizi Baihaqi b Ahmad Razali (SK Parit Baru)

Best All Rounder : Mohamad Hafizi Baihaqi b Ahmad Razali (SK Parit Baru)

Kejohanan kriket tersebut telah berlangsung di padang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Air Tawar. Tuan rumah kejohanan kriket mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana dan sekolah-sekolah yang terlibat di dalam menjayakan kejohanan kriket daerah Sabak Bernam bagi tahun 2012.

senyum...senyum....selamat berjuang.....
pasukan kriket SK Sapintas
(sebelum kejohanan berlangsung)
pendaftaran peserta







penyampaian hadiah kepada pemenang


pasukan kriket SK Parit 9 Sekinchan

pasukan kriket SK Binjai Jaya
pasukan kriket SK Parit Baru
pasukan kriket SK Sapintas

BENGKEL SUNTINGAN VIDEO EDU WEB TV

Pusat Kegiatan Guru Daerah Sabak Bernam telah mengadakan "Bengkel Suntingan Video Edu Web TV" untuk semua guru perpustakaan dan media, sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah daerah Sabak Bernam pada 18 April 2012 bersamaan dengan hari Rabu. Bengkel tersebut telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Sabak Bernam. Di dalam bengkel tersebut guru-guru perpustakaan dan media diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyunting dan menghasilkan video yang menarik. Pihak penganjur menggunakan program Portable Corel Ulead Video Studio Pro X2 di dalam menghasilkan video. Semua GPM mendapat penambahan ilmu hasil daripada bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah diadakan bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur.

Penceramah - En Fakrul
PTP Sg Air Tawar


Wah! seronok nampaknya kawan-kawan GPM mengikuti
bengkel suntingan video berkenaan. Balik sekolah bolehlah buat
LADAP, kongsi ilmu dengan guru-guru lain pulak...


Khusyuk memberikan tumpuan ......
TERBAIKKKKK...GPM Daerah Sabak Bernam...

wah..wah...rileks nampak kakak kita yang depan tu...
dah siap ke hasil videonya???

leka menghasilkan video....

Ahad, 8 April 2012

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari


 

Khamis, 5 April 2012

FESTIVAL NASYID DAERAH SABAK BERNAM

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 3 April 2012 bersamaan dengan 11 Jamadilawal 1433 H, hari Selasa bertempat di SMKA Simpang Lima, Sungai Besar. Sebanyak 15 buah sekolah-sekolah rendah daerah Sabak Bernam yang telah mengambil bahagian di dalam festival nasyid tersebut. Semua pasukan nasyid telah berjaya menunjukkan persembahan yang menarik perhatian para penonton. Pasukan nasyid Sautul Aulad Sekolah Kebangsaan Sapintas berjaya mendapat tempat yang ketujuh. Syabas dan tahniah diucapkan di atas usaha peserta-peserta nasyid bersama jurulatihnya. Mudah-mudahan tahun hadapan akan mendatangkan kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

latihan sebentar sebelum bertanding

wah, wah, ceria dan segak sekali....
(sebelum pertandingan bermula)

alamak...mendapat undian yang pertama la....
senyum...senyum....apa-apa pun semangat dan ceria...


Ahad, 1 April 2012

RENUNGAN KEKAWAN

MOTIVASI - HAL KERJA

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan, insyaAllah...

Jadi, renungilah :

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab "DATANG BEKERJA" tapi hampeh, hasilnya macam kita "TAK DATANG KERJA".

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tidak rugi kita semai rasa "KEKELUARGAAN" dalam tugasan. Kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. Kita draw kat akhirat nanti. Tetapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasibla sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.

Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu lah kayu pengukur diri yang sebaiknya.

Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

JADIKANLAH KAMI YA ALLAH SEBAGAI HAMBAMU YANG MANA.....
  • Jika kami ada kami disayangi
  • Jika kami tiada kami dicari
  • Jika kami berkata kami didengari
  • Jika kami bernasihat kami dituruti
  • Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani
  • Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni
  • Jika kami datang kami dirai
  • Jika kami pergi kami dirindui
  • Jika kami hidup kami diberkati
  • Jika kami mati kami diredhai, dirahmati dan dikenangi

Mustafa Kamal bin Adam
Kunselor Organisasi
Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan