Selasa, 24 Julai 2012

SEMOGA RAMADHAN 2012/1433 LEBIH BAIK DARIPADA DULU

Setiap tahun semua umat Islam akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Selagi umur kita dipanjangkan Allah di dunia ini, selagi itulah kita akan bertemu dengan Ramadhan. Satu anugerah besar daripada Allah, kita dapat melangkah ke bulan Ramadhan dan juga ia merupakan satu peluang yang amat bermakna kepada kita. Marilah kita muhasabah diri dan renung kembali Ramadhan yang dahulu, yang telah jauh meninggalkan kita. Adakah amal ibadah kita pada bulan Ramadhan tersebut diterima Allah s.w.t? Dan adakah Ramadhan 2012 ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada dahulu?

Marilah sama-sama kita merebut peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t di sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk menghadapi Ramadhan, kita disarankan membuat pelbagai persiapan diri seperti persiapan iman, rohani, ilmu, fizikal dan kewangan. Peruntukkanlah sebahagian kewangan atau harta kita untuk bersedekah pada bulan Ramadhan kerana ganjaran kepada orang yang bersedekah amat besar. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun dahulu.


Rabu, 18 Julai 2012

SUKAN TAHUNAN KALI KE 32

SK Sapintas telah mengadakan sukan tahunan kali ke 32 pada 15 Julai 2012 bersamaan dengan hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah :

1.  Lari terus 60 meter murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2

2.  Lari terus 80 meter murid-murid Tahun 3

3.  Lari terus 100 meter murid-murid Tahun 4, 5 dan 6

4.  Relay 4 x 100 meter murid-murid Tahun 3 dan 4

5.  Relay 4 x 200 meter murid-murid Tahun 5 dan 6

6.  Lari bawa 2 biji bola

7. Golek bola dengan gelung rotan

8. Golek tayar

9.  Lari dalam guni

10.  Acara untuk ibu bapa, belia, beliawanis, guru-guru, kakitangan, AJK PIBG

11.  Pertandingan perbarisan dan perhiasan rumah sukan

Sebahagian acara telah pun dijalankan pada 13 Julai 2012 iaitu lompat jauh terbuka, lontar peluru terbuka, lari terus 200 meter dan pelbagai acara lain. Sukan tahunan 2012 kali ke 32 telah dijalankan dengan jayanya dan penuh semangat kesukanan. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Warno bin Hj Dogol, ADUN kawasan Sabak. Pihak penganjur mengucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan sukan tahunan kali ke 32 bagi tahun 2012/1433.
bendera kejohanan

aksi kontijen rumah biru (Exora)

aksi kontijen rumah kuning (Persona)

aksi kontijen rumah merah (Waja)

aksi kontijen murid-murid prasekolah




bacaan ikrar diketuai oleh :
Mohamad Hakeem bin Jumri
ucapan perasmian pembukaan sukan tahunan oleh :
En Mohd Sabihan bin Derama
YDP PIBG SK Sapintas
acara lari terus 60 meter
cabutan bertuah...tahniah kepada yang bertuah
AJK pengurusan hadiah
Penyampaian hadiah oleh :
En Anuar bin Supaat
NYDP PIBG SK Sapintas
penyampaian hadiah oleh :
En Shamsudin bin Abdul Kader
penyampaian cabutah bertuah oleh :
Pn Hjh Nor Ayezati Awang
Guru Besar SK Sapintas
persembahan murid
persembahan murid
acara berkumpulan
penyampaian hadiah oleh :
Tn Hj Jamaluddin
perasmian penutup kejohanan sukan tahunan oleh :
YB Dato' Hj Warno bin Dogol
barisan guru, kakitangan dan AJK PIBG bersiap sedia
dengan acara yang dijalankan untuk mereka
penyampaian hadiah oleh :
YB Dato' Hj Warno bin Dogol
Johan perhiasan rumah - Exora (biru) diketuai oleh :
Pn Musaiyadah
penyampaian cabutan bertuah....tahniah puan.......
Rumah Biru - Exora
Johan Sukan dan Permainan
Johan Keseluruhan Sukan Tahunan Kali ke 32 / 2012/1433
penyampaian cenderamata kepada YB Dato'
kontijen rumah biru bersama dengan guru-guru dan ibu bapa
syabas dan tahniah!!!! rumah biru.....2012/1433 merangkul kejayaan
JOHAN KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN

Isnin, 9 Julai 2012

HARI KELUARGA 2012

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sapintas telah mengadakan Hari Keluarga pada 7 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu. Hari Keluarga BKGK telah disambut dengan meriah oleh ahli-ahli BKGK bersama ahli keluarga masing-masing. Objektif diadakan Hari Keluarga tersebut adalah untuk mengenali dan mengeratkan ukhwah dan silaturrahim di antara satu sama lain di samping ia merupakan aktiviti tahunan 2012. Pelbagai acara dijalankan pada hari keluarga tersebut. Antara acara yang dijalankan seperti ucapan guru besar, sukaneka (kategori kanak-kanak prasekolah, kategori murid-murid sekolah rendah, kategori remaja, kategori dewasa), jamuan, cabutan cenderamata bertuah, cabutan hamper bertuah.



pendaftaran kehadiran (ahli BKGK)

Juruacara majlis - En Mohd Nordin b Soib

Ucapan Guru Besar
Pn Hjh Nor Ayezati bt Awang

acara BOLA BERACUN
 kategori kanak-kanak 6 tahun ke bawah


acara ISI AIR DALAM BOTOL GUNA TANGAN
kategori kanak-kanak sekolah rendah

tahniah !!! MOHAMAD AIMI WAFI MOHD KHAMSANI
JUARA isi air dalam botol guna tangan

rebut gula-gula kategori kanak-kanak prasekolah



acara rebut kerusi
kategori kanak-kanak sekolah rendah

Nurul Baiti AB Khalek
juara rebut kerusi......tahniah....

acara keluarga - pakaian beragam
ini keluarga Pn Norazizah Ishak

Ini keluarga Pn Milot Abang
sedang sibuk menyiapkan pakaian beragam untuk
anaknya....

keluarga Pn Norliyanti Abd Razak

pakaian beragam
macam-macam jenis pakaian beragam yang telah berjaya disiapkan
tahniah....kreatif sumenye....macam-macam aksi....

acara bowling kelapa


acara makan cepat buah epal hijau
makan...jangan tak makan....

aksi-aksi romantik lagi......he...he...he...
mengalah nampaknye pasangan En Jamal  dgn Pn Hjh Nor Ayezati

acara kaum ibu - masukkan benaang ke dalam jarum

ketupat oh... ketupat
aksi ibu-ibu sedang menganyam ketupat....

ketupat yang dihasilkan....
hah..itu dah boleh rebus dah...

hakim jemputan sedang mengadili ketupat....

belon siapa paling besar???

acara tiup belon paling BESAR.....
GB sedang mengadili belon siapa yang paling besar.....

acara mencari 10 jenis barang
macam-macam kena cari.....barang yang tak dijangka pun ada


selamat menjamu selera.....
sedap tu...jelly kelapa...


wah..wah..ENA....sedap sekali.....



ABC Rohaini...laris sekali....
boleh buka gerai ABC....


penyampaian hadiah sukaneka




cabutan cenderamata bertuah
wah, Kak Rom kita dapat narita besar....tahniah


abang Nuar kita dapat kipas meja.....bestnya...

wow...beg roda besar....boleh gi umrah nie en Izam.....

tak ketinggalan GB kita dapat set rak pinggan mangkuk
wah, kak Ros dapat bakul besar tu...apalah yang nak diisi ye...

abang Mee dapat hamper bertuah

kak yanti pun hamper....tahniah...

bik Sur pun bertuah....dapat hamper

abang Aji pun bertuah.....tahniah...

wow...pengerusi kita pun dapat hamper....

kenyangla Ena....cepat makan, nanti  nak cuti bersalin

hamper paling besar...siapalah tuannya???
Kak Siti Marsuchi paling bertuah....dapat hamper paling besar
TAHNIAH!!!!!