Selasa, 24 Julai 2012

SEMOGA RAMADHAN 2012/1433 LEBIH BAIK DARIPADA DULU

Setiap tahun semua umat Islam akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Selagi umur kita dipanjangkan Allah di dunia ini, selagi itulah kita akan bertemu dengan Ramadhan. Satu anugerah besar daripada Allah, kita dapat melangkah ke bulan Ramadhan dan juga ia merupakan satu peluang yang amat bermakna kepada kita. Marilah kita muhasabah diri dan renung kembali Ramadhan yang dahulu, yang telah jauh meninggalkan kita. Adakah amal ibadah kita pada bulan Ramadhan tersebut diterima Allah s.w.t? Dan adakah Ramadhan 2012 ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada dahulu?

Marilah sama-sama kita merebut peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t di sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk menghadapi Ramadhan, kita disarankan membuat pelbagai persiapan diri seperti persiapan iman, rohani, ilmu, fizikal dan kewangan. Peruntukkanlah sebahagian kewangan atau harta kita untuk bersedekah pada bulan Ramadhan kerana ganjaran kepada orang yang bersedekah amat besar. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun dahulu.


Tiada ulasan: