Rabu, 18 Julai 2012

SUKAN TAHUNAN KALI KE 32

SK Sapintas telah mengadakan sukan tahunan kali ke 32 pada 15 Julai 2012 bersamaan dengan hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah :

1.  Lari terus 60 meter murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2

2.  Lari terus 80 meter murid-murid Tahun 3

3.  Lari terus 100 meter murid-murid Tahun 4, 5 dan 6

4.  Relay 4 x 100 meter murid-murid Tahun 3 dan 4

5.  Relay 4 x 200 meter murid-murid Tahun 5 dan 6

6.  Lari bawa 2 biji bola

7. Golek bola dengan gelung rotan

8. Golek tayar

9.  Lari dalam guni

10.  Acara untuk ibu bapa, belia, beliawanis, guru-guru, kakitangan, AJK PIBG

11.  Pertandingan perbarisan dan perhiasan rumah sukan

Sebahagian acara telah pun dijalankan pada 13 Julai 2012 iaitu lompat jauh terbuka, lontar peluru terbuka, lari terus 200 meter dan pelbagai acara lain. Sukan tahunan 2012 kali ke 32 telah dijalankan dengan jayanya dan penuh semangat kesukanan. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Warno bin Hj Dogol, ADUN kawasan Sabak. Pihak penganjur mengucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan sukan tahunan kali ke 32 bagi tahun 2012/1433.
bendera kejohanan

aksi kontijen rumah biru (Exora)

aksi kontijen rumah kuning (Persona)

aksi kontijen rumah merah (Waja)

aksi kontijen murid-murid prasekolah




bacaan ikrar diketuai oleh :
Mohamad Hakeem bin Jumri
ucapan perasmian pembukaan sukan tahunan oleh :
En Mohd Sabihan bin Derama
YDP PIBG SK Sapintas
acara lari terus 60 meter
cabutan bertuah...tahniah kepada yang bertuah
AJK pengurusan hadiah
Penyampaian hadiah oleh :
En Anuar bin Supaat
NYDP PIBG SK Sapintas
penyampaian hadiah oleh :
En Shamsudin bin Abdul Kader
penyampaian cabutah bertuah oleh :
Pn Hjh Nor Ayezati Awang
Guru Besar SK Sapintas
persembahan murid
persembahan murid
acara berkumpulan
penyampaian hadiah oleh :
Tn Hj Jamaluddin
perasmian penutup kejohanan sukan tahunan oleh :
YB Dato' Hj Warno bin Dogol
barisan guru, kakitangan dan AJK PIBG bersiap sedia
dengan acara yang dijalankan untuk mereka
penyampaian hadiah oleh :
YB Dato' Hj Warno bin Dogol
Johan perhiasan rumah - Exora (biru) diketuai oleh :
Pn Musaiyadah
penyampaian cabutan bertuah....tahniah puan.......
Rumah Biru - Exora
Johan Sukan dan Permainan
Johan Keseluruhan Sukan Tahunan Kali ke 32 / 2012/1433
penyampaian cenderamata kepada YB Dato'
kontijen rumah biru bersama dengan guru-guru dan ibu bapa
syabas dan tahniah!!!! rumah biru.....2012/1433 merangkul kejayaan
JOHAN KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN

Tiada ulasan: