Ahad, 1 Julai 2012

HARI PUTERI 2012 DAERAH SABAK BERNAM

Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 30 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu. Hari Puteri ini telah di adakan di SK Seri Makmur, Sungai Besar bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelbagai acara dipertandingkan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Acara di peringkat sekolah rendah ialah membuat kerabu, hafazan, kraftangan, bahasa berirama, buku log. Manakala acara sekolah menengah ialah dikir puteri, tilawah, menghias kek, buku log. Pergerakan Puteri Islam SK Sapintas telah memasuki pertandingan hafazan dan membuat kerabu. Alhamdulillah, syabas kepada adik Nurin Syazwani Binti Abdul Karim kerana telah berjaya merangkul JOHAN bagi acara hafazan. Beliau akan mewakili daerah Sabak Bernam dalam acara hafazan Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor pada 7 Julai 2012 (Sabtu) di SMK Seri Aman. Walaupun SK Sapintas tidak mendapat tempat di dalam acara membuat kerabu, pihak sekolah juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Nur Haida Zainuddin dan Khairunnisa Amanina Ishak kerana telah menunjukkan persembahan yang terbaik.

Khairunnisa Amanina & Nur Haida mewakili SK Sapintas
dalam acara membuat kerabu


kerabu ikan masin

Khairunnisa Amanina dan Nur Haida dengan
kerabu ikan masin 

Johan Hafazan Daerah Sabak Bernam
Nurin Syazwani Abdul Karim dari SK Sapintas

Tiada ulasan: