Sabtu, 11 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI 2012/1433

PENTADBIR SEKOLAH
dari kiri : Tn Hj Abdul Latiff Sabri (GPK HEM), Pn Hjh Nor Ayezati Awang (Guru Besar),
En Kosmadi Demon (GPK Pentadbiran), Tn Hj Mohd Khamsani Bahrun (GPK Kokurikulum)


Pagi-pagi memetik delima,
Hendak dijual di tengah kota,
Aidilfitri akan menjelma,
Bermaaf-maafanlah sesama kita.



GURU-GURU SK SAPINTAS
belakang dari kiri : En Mohd Nordin Soib, En Meor Mohd Hafiz Meor Sharzaman,
En Ahmad Hisyam Mohamad, En Mohd Yunus Zuhuddin, En Ahmad Kamal Sidik
tengah dari kiri : Pn Noraini Ibrahim, Pn Siti Munirah Bain, Pn Milot Abang,
Pn Rosniza Mohd Shufardi, Pn Nur Aslia Zakaria, Pn Norazizah Ishak
depan dari kiri : Pn Siti Marsuchi Paniran, Pn Norsilawati Ibrahim,
 Tn Hj Abdul Latiff Sabri, Pn Hjh Nor Ayezati Awang, En Kosmadi Demon,
Tn Hjh Mohd Khamsani Bahrun, Pn Rohaini Mustari
TIADA DALAM GAMBAR : EN ANUAR SUROJON


Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Bunyi mercun berdentum-dentam,
Hati gembira di Hari Raya.




PANITIA MATEMATIK & SAINS
Ketua Panitia Matematik : Pn Rosniza Mohd Shufardi
Ketua Panitia Sains : En Mohd Yunus Zuhuddin

Sungai disusur setiap hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.




PANITIA BAHASA MELAYU
Ketua Panitia Bahasa Melayu : Pn Rohaini Mustari

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan dan kesilapan,
Memupuk perpaduan sesama insan,
Mengikat tali persaudaraan.




PANITIA BAHASA INGGERIS
Ketua Panitia Bahasa Inggeris : Pn Noraini Ibrahim


Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masa menyambut Hari Raya.




PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Ketua Panitia Pendidikan Islam : Pn Siti Marsuchi Paniran


Di pagi raya segak bergaya,
Mengucap takbir kepada Ilahi,
Suasana riang di Hari Raya,
Salah dan silap harap dimaafi.




GURU-GURU KELAS
Guru Kelas Prasekolah : Pn Norsilawati Ibrahim
Guru Kelas Tahun1 Baiduri : Pn Milot Abang
Guru Kelas Tahun 2 Topaz : Pn Rosniza Mohd Shufardi
Guru Kelas Tahun 3 Kecubung : En Ahmad Kamal Sidik
Guru Kelas Tahun 4 Nilam : En Meor Mohd Hafiz Meor Sharzaman
Guru Kelas Tahun 5 Delima : Pn Rohaini Mustari
Guru Kelas Tahun 6 Zamrud : En Mohd Yunus Zuhuddin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami guru kelas.....



GURU-GURU PEREMPUAN

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin....

Jumaat, 3 Ogos 2012

PROGRAM NILAM 2012 - PENYAMPAIAN SIJIL DAN COLLAR PIN

Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan penyampaian sijil penghargaan dan collar pin kepada murid-murid yang telah mencapai tahap bagi Program Nilam Tahun 2012. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn Hjh Nor Ayezati Awang, Guru Besar SK Sapintas pada perhimpunan mingguan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya  mencapai tahap Jauhari  sama ada mendapat anugerah GANGSA, PERAK, EMAS atau NILAM bagi Program Nilam.