Membaca Jambatan Ilmu dan Membaca Kunci Kejayaan. Membudayakan program membaca di kalangan generasi muda perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Ungkapan hikmah ini perlu digerakkan dengan adanya kemudahan prasarana dan pelbagai program akan menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan pelajar SK Sapintas. Justeru, pusat sumber telah mengambil inisiatif mengadakan Program 10 Minit Bersama Buku pada 13.2.2012 (Isnin) di Dewan Gemilang, SK Sapintas yang melibatkan semua guru dan murid.
Tujuan program ini diadakan untuk memupuk minat dan membudayakan amalan membaca di kalangan pelajar SK Sapintas serta memastikan semua warga sekolah peka tentang pentingnya program NILAM.
OBJEKTIF
1. Membudayakan amalan membaca di kalangan warga SK Sapintas.
2. Meningkatkan pembacaan di kalangan pelajar-pelajar SK Sapintas dari segi bilangan buku, kepelbagaian budang dan disiplin bahasa.
3. Menambahkan bilangan buku yang dibaca oleh pelajar dan di catat di dalam buku rekod Nilam.
4. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Berkumpul di Dewan Gemilang
Perhimpunan Mingguan bermula
- Bacaan Doa & Asmaul Husna
- Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah
- Ucapan Guru Bertugas
- 10 Minit Bersama Buku
- Pelajar Mencatat Di Dalam Buku Rekod Nilam
- Pelajar Mengulas Buku Yang Di Baca
- Guru Mengulas Buku Yang Di baca
- Penyampaian Cenderamata
- Bersurai
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn Hjh Nor Ayezati binti Awang
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : En Kosmadi bin Demon
PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Abdul Latif bin Sabri
PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mohd Khamsani bin Bahrun
PK Kokurikulum
Penyelaras Program : Pn Norazizah binti Ishak
Guru Perpustakaan & Media
Setiausaha : Pn Rohaini binti Mustari
Guru Program Nilam
AJK : En Ahmad Kamal bin Sidik
En Ahmad Hisyam bin Mohamad
Pn Nur Aslia binti Zakaria
Pn Siti Munirah binti Bain
En Mohd Yunus bin Zuhuddin
Murid-murid sedang tekun membaca |
Guru mengulas buku yang dibaca |
Guru-guru sedang tekun membaca |
Murid mengulas buku yang dibaca |
Murid mengulas buku yang dibaca |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan