Khamis, 14 Jun 2012

ISRAK DAN MI'RAJ 27 REJAB

Pengertian Israk dan Mi'raj

Israk bererti "perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Palestin". Manakala Mi'raj pula bererti "perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha". Peristiwa ini telah berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara peristiwa penting ketika berlakunya Israk dan Mi'raj ialah :

Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh baginda melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) di mana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah s.w.t berfirman kepada Nabi Isa serta di Bethelehen, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam.

Jibril juga mengajar Nabi s.a.w bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberikannya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah s.w.t.

Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina, pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekkan orang lain.

Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi s.a.w serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mi'raj banyak pula hal yang di alami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun, yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, iaitu sebuah kewajipan yang wajib dikerjakan umatnya sampai ke akhir zaman....

Tiada ulasan: