Jumaat, 19 Oktober 2012

SELAMAT BERHIJRAH DAN SELAMAT DATANG

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tn Hj Mohd Khamsani bin Bahrun mantan GPK Kokurikulum SK Sapintas di atas perlantikan beliau sebagai GPK Pentadbiran di SK Tebuk Jawa, Sabak Bernam, Selangor. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas perlantikan jawatan baru dan  mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sebagai GPK Kokurikulum sepanjang beliau bertugas di SK Sapintas. Mudah-mudahan dengan jawatan baru dan penghijrahan beliau ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan beliau.
 
TN HJ MOHD KHAMSANI BIN BAHRUN
MANTAN GPK KOKURIKULUM SK SAPINTAS
 
Pihak sekolah juga mengucapkan selamat datang kepada En Ahmad Azman bin Johar GPK Kokurikulum SK Sapintas yang baru. Tahniah di atas perlantikan beliau sebagai GPK Kokurikulum. Mudah-mudahan beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang bertugas di SK Sapintas.
 
EN AHMAD AZMAN BIN JOHAR
GPK KOKURIKULUM SK SAPINTAS
 

Tiada ulasan: