Pendahuluan
Kuliah atau Majlis Ilmu Bulanan merupakan satu usaha ke arah
mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK Sapintas. Kuliah ini diadakan untuk meningkatkan dan menambahkan
ilmu pengetahuan setiap guru-guru dan kakitangan SK Sapintas di samping
meningkatkan sahsiah diri menjadi seorang Muslimin dan Muslimah yang sejati. Kuliah
ini melibatkan semua guru dan kakitangan SK Sapintas.
Rasional
Melahirkan Muslimin dan Muslimat yang mempunyai pegangan keyakinan
terhadap Allah sebagai RABB yang mantap dan mampu menghadapi pelbagai cabaran
dan dugaan di dalam kehidupan dengan jayanya mengikut lunas Islam.
Objektif
1.
Menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara hidup Islam
yang sebenarnya.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru dan kakitangan
sekolah.
Alhamdulillah, kuliah bulanan ini telah dapat dijalankan mengikut perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sapintas. Kuliah ini diadakan pada setiap hujung bulan, bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam bertempat di Surau Ibnu Sina, SK Sapintas. Mudahan-mudahan semoga semua ahli Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah mendapat rahmat dan petunjuk serta sentiasa dibawah perlindungan daripada Allah s.w.t. Insyaallah.......
 |
Penceramah Jemputan - Tn Hj Mustafa Kamal bin Adam
Kaunselor Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam |
 |
Ahli-Ahli Badan Kebajikan Guru & Kakitangan Khusyuk
Mendengar Kuliah / Tazkirah |