Khamis, 14 Jun 2012

MAJLIS PERSARAAN EN AMMINUDIN BIN BAKRI

Pada 14 Jun 2012 bersamaan dengan 24 Rejab 1433, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan En Amminudin bin Bakri, Pegawai Rendah Awam SK Sapintas. Majlis persaraan tersebut telah diadakan di Dewan Gemilang, SK Sapintas. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut tentatif yang dirancang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh En Mohammad Jamil bin Abdul Rahman, Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam, Naib Yang Dipertua PIBG, AJK-AJK PIBG serta seluruh warga sekolah. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis persaraan tersebut.

Tentatif Majlis

09.00 pagi  : Ketibaan yang diraikan

09.30 pagi  : Jamuan dan Rehat

10.00 pagi  : Majlis Persaraan

                       -  Bacaan Doa

                    -  Ucapan En Anuar bin Supaat (NYDP PIBG)

                    -  Ucapan Pn Hjh Nor Ayezati Awang (Guru Besar)

                    -  Ucapan En Mohamad Jamil Abdul Rahman (wakil PPDSB)

                    -  Bacaan Biodata

                    -  Ucapan En Amminudin bin Bakri (Pegawai Rendah Awam)

                   -  Menandatangani rekod kehadiran terakhir perkhidmatan

                   -  "Salam dihulur maaf dipinta"

                   -  Bersurai

BIODATA

Nama                  : Amminudin bin Bakri

Jawatan              : Pegawai Rendah Awam

Tarikh Lahir        : 14 Jun 1954

Tempat Lahir      :  Kampung Batu 4 Sapintas

Tempat Tinggal  : Kampung Batu 4 Sapintas

Pendidikan         : SK Sapintas, tahun 1967 hingga tamat darjah enam

                            SMK Ungku Aziz

Perkahwinan      : Isteri         : Pn Siti Esah Amir

                             Anak        : 9 orang (5 lelaki, 4 perempuan)

                             Menantu  :  4 orang

                             Cucu        :  8 orang

Perkhidmatan  : bertugas sebagai pegawai rendah awam selama 30 tahun

                          1.  SJKC Lum Hua, Sabak Bernam (mulai 11.2.1982)

                          2.  SK Sapintas, Sabak Bernam (mulai 1.1.1998)


ketibaan yang diraikan - En Amminudin Bakri & Isteri

berarak dengan diiringi paluan kompang

yang diraikan diarak menuju ke meja jamuan di kantin

selamat menjamu selera


En Amminudin Bakri & Isteri


bacaan doa

suasana di dalam dewan


ucapan En Anuar Supaat - NYDP PIBG

ucapan Pn Hjh Nor Ayezati Awang
Guru Besar SK Sapintas

ucapan En Mohamad Jamil Abd Rahman
Penyelia  Sukan, PPDSB
mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam

En Amminudin Bakri tersenyum lebar....

bacaan biodata

ucapan En Amminudin Bakri

Menerima sijil penghargaan perkhidmatan dari PPDSB

menerima sijil penghargaan perkhidmatan dari SK Sapintas

memakai selempang persaraan


menandatangani rekod kehadiran terakhir perkhidmatan

persembahan sajak

menerima cenderamata dari PPDSB

menerima cenderamata dari pihak pentadbir

menerima cenderamata dari pengurusan pentadbiran

menerima cenderamata dari PIBG

menerima cenderamata dari Badan Kebajikan Guru & Kakitangan
menerima cenderamata dari guru-guru lelaki

menerima cenderamata dari guru-guru perempuan

menerima cenderamata dari kakitangan sokongan

menerima cenderamata dari pekerja-pekerja swasta

menerima cenderamata dari AJK PIBG





kenangan bersama En Amminudin Bakri

ISRAK DAN MI'RAJ 27 REJAB

Pengertian Israk dan Mi'raj

Israk bererti "perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Palestin". Manakala Mi'raj pula bererti "perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha". Peristiwa ini telah berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara peristiwa penting ketika berlakunya Israk dan Mi'raj ialah :

Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh baginda melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) di mana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah s.w.t berfirman kepada Nabi Isa serta di Bethelehen, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam.

Jibril juga mengajar Nabi s.a.w bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberikannya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah s.w.t.

Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina, pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekkan orang lain.

Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi s.a.w serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mi'raj banyak pula hal yang di alami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun, yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, iaitu sebuah kewajipan yang wajib dikerjakan umatnya sampai ke akhir zaman....

Selasa, 12 Jun 2012

MARILAH KITA BERDOA....

Berdoa adalah amalan yang penting dan dapat menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud :

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKu."

Berdoa juga merupakan suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah s.w.t. Antara adab-adab dan sifat-sifat berdoa ialah :

Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup  aurat.

Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan mengadap ke arah kiblat.

Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.

Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.

Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.

Memulakannya dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi s.a.w dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.

Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.

Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.

Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.

Memulai doa dengan memohon keampunan dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara-mara beriman.

Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan.

Mengangkat kedua-dua tangan sehingga paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi s.a.w.

Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.

Berdoa dengan suara perlahan.

Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah s.a.w sendiri, antaranya :

waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.

tiap-tiap selepas solat fardu lima waktu.

antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.

ketika bangun tidur.

selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.

ketika hendak masuk dan keluar masjid.

antara takbir solat hari raya.

dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.

ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi.

ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.

ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.

tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.

ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.

ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.

ketika hujan turun.

ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.

sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.

ketika khatam al-Quran 30 juzuk.

ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai tetapi yang afdalnya adalah di tempat-tempat berikut :

Apabila melihat Baitullah (Kaabah) di Mekah.

Ketika melakukan tawaf mengelilingi kaabah.

Di dalam kaabah.

Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.

Ketika melihat masjid Rasulullah s.a.w di Madinah.

Di sisi telaga zamzam.

Di atas Bukit Safa dan Marwah.

Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.

Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah.

Di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.

Di Mina pada hari Tasyriq.

Di dalam masjid.

Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.

Doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah s.w.t ialah doa orang yang dalam keadaan berikut :

orang yang terdesak

orang yang kena zalim

anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya

doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.

Adakalanya doa-doa tidak dimakbulkan Allah s.w.t. Antara sebab doa kita tidak dimakbulkan ialah :

ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah

kerana Allah s.w.t mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon

berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.


Ahad, 27 Mei 2012

PERTANDINGAN PIDATO 2012

SK Sapintas telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pidato Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Sabak Bernam, Selangor. Pertandingan Pidato peringkat daerah ini telah diadakan pada 23 Mei 2012 bersamaan dengan hari Rabu. Syukur alhamdulillah, perjalanan pertandingan pidato tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya. Sebanyak 13 buah sekolah rendah yang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut termasuklah SK Sapintas. Dengan izin Allah, peserta pidato dari SK Sapintas telah mendapat tempat naib johan daerah Sabak Bernam. Pihak sekolah merakamkan setinggi tahniah kepada Nurin Syazwani binti Abdul Karim di atas kejayaan tersebut.

pendaftaran peserta-peserta pidato

pendaftaran hakim



para hakim pertandingan pidato daerah


juruacara dan penjaga masa

aksi pemidato


aksi pemidato

aksi pemidato


aksi pemidato

majlis penutup - bacaan doa


ucapan dan perasmian penutup oleh:
Pn Hjh Nor Ayezati Awang
Guru Besar SK Sapintas
mewakili PPD Sabak Bernam

penyampaian cenderamata kepada hakim


penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ke 3

pemenang Naib Johan Pidato
Nurin Syazwani Abdul Karim
dari SK Sapintas


pemenang Johan Pidato
Nurul Nabilah dari SK Sg Hj Dorani




Jumaat, 18 Mei 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

Tarikh                 : 16 Mei 2012

Hari                    : Rabu

Masa                  : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat               : Dewan Gemilang, SK Sapintas

Tema Hari Guru : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Bacaan Yasin

sukaneka - tiup belon sampai pecah

isi air ke dalam bekas menggunakan straw
bola beracun
perlawanan bola sepak antara guru lelaki
 dengan murid lelaki

jamuan


ucapan wakil pelajar
ucapan guru besar
Pn Hjh Nor Ayezati Awang

bacaan perutusan hari guru oleh
En Kosmadi Demon - GPK Pentadbiran
penyampaian cenderamata kepada ahli BKGK

penyampaian cenderamata kepada ahli BKGK
 
penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka
 
penyampaian hadiah kepada pemenang bola sepak
 
pertukaran hadiah antara guru-guru