Khamis, 8 Mac 2012

ARKIB SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sapintas, Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan telah diasaskan mengikut kepesatan pembangunan selepas meletusnya Perang Dunia Kedua dan bermula tahun 1945, yang telah dipelopori oleh Tuan Kiai Haji Marzuki bin Haji Ikhsan.

Beliau telah didorong oleh seorang Ketua Kampung yang berdedikasi. Bangunan sekolah yang mula dibina dari bahan nibung yang boleh didapati dari hutan berhampiran, yang hanya beratapkan nipah. Kedudukanbangunan sekolah pada ketika itu dibina di tapak bangunan masjid Batu 4 Sapintas. Tenaga pengajar pada masa itu gaji mereka dibayar oleh penduduk tempatan dan hanya mempunyai 15 orang murid sahaja.

Dalam tahun 1951, sekolah ini telah diiktiraf oleh kerajaan. Pada tarikh 6 Ogos 1954, seorang guru besar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim telah ditempatkan di sekolah ini. Jumlah murid ketika itu seramai 70 orang dan dua bilik darjah sahaja. Mulai dari tarikh itu sekolah ini telah ditadbir dan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan dan telah berpindah ke tapak bangunan sekarang di bawah rancangan RIDA. Pada tahun 1965 Sekolah Kebangsaan Sapintas telah mendapat peruntukan sebuah bangunan batu dan telah dirasmikan pada 18 Julai 1968 oleh Yang Berhormat Encik Mohamad Khir Johari sebagai Menteri Pelajaran ketika itu.
MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang cemerlang, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH
  1. Membimbing dan membentuk murid ke arah sahsiah dan personaliti yang baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
  2. Meninggikan taraf akademik murid ke arah kecemerlangan di samping membentuk murid menjadi masyarakat sihat dan cergas dalam akativiti kokurikulum.
  3. Menanamkan sifat penyayang, saling hormat-menghormati, toleransi, bersopan-santun di antara masyarakat sekolah khasnya dan luar amnya.
  4. Mengembangkan potensi murid dalam bidang kokurikulum selari dengan minat dan kebolehan murid.
  5. Memelihara budaya sekolah dan membendung kegiatan yang kurang sihat di kalangan murid.
  6. Memperlihatkan nilai-nilai murni untuk dicontohi, sesuai dalam pembentukan insan yang kamil.
  7. Menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat.
  8. Memastikan persekitaran sekolah sentiasa ceria supaya dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
  9. Melahirkan murid yang berinovetif dan kreatif untuk meningkatkan prestasi sekolah.

IKRAR GURU DAN KAKITANGAN

Bahawasanya kami Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sapintas,dengan ini berikrar dan berjanji sesungguh hati melaksanakan pendidikan yang berkualiti kepada anak didik kami dengan penuh amanah dan tanggungjawab ke arah kecemerlangan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

IKRAR MURID 

Bahawasanya     kami,  murid  Sekolah Kebangsaan Sapintas, dengan ini berikrar dan berjanji, akan menjadi seorang   murid   yang  patuh  kepada Allah, undang-undang dan peraturan    sekolah.    Kami    juga   berjanji    akan belajar bersungguh-sungguh, tidak membuang masa, menjaga nama baik sekolah, menghormati guru-guru serta rakan-rakan.

SENARAI GURU BESAR-GURU BESAR

BIL
NAMA
TEMPOH
01
EN IBRAHIM B BAKIR
04.08.1951—09.06.1954
02
EN JAAFAR B MD YUSOF
20.06.1954—04.11.1955
03
EN MOHD THANI B LAMSAH
06.11.1955—31.01.1957
04
EN YAHYA B AB RASHID
01.02.1957—30.01.1959
05
TN HJ SUBARI B HJ TAHIR
01.02.1959—03.02.1962
06
EN MOHD NASIR B BUSU
01.01.1964—30.12.1968
07
EN ABD JALIL B OTHMAN
01.01.1969—31.12.1972
08
EN MOHD YUNUS B MAT JIDIN
01.01.1973—31.12.1979
09
EN MAT RAUS @ MD ARIF B HJ TAIB
01.01.1980—31.12.1983
10
EN ISMAIL B HJ ABD KARIM
01.01.1984—15.09.1987
11
EN SULAM B ANUAR
01.10.1987—15.06.1991
12
EN MOHD MUNAWAR B HJ AB KARIM
27.06.1991—14.01.1992
13
EN MAT IDRIS B MOHAMAD
15.01.1992—30.11.1992
14
EN ABDUL SAMAD B IDRIS PJK
01.12.1992—04.07.1998
15
EN MD ZUBIR B SUKARTHI
05.07.1998—19.06.2000
16
TN HJ MOHD HANAFIAH B HASSAN
16.07.2000—06.02.2007
17
EN SAMUDI B AHMAD
16.02.2007—02.08.2007
18
EN HAMZAH B ABDUL SAMAD
16.09.2007—31.01.2009
19
EN MEGAT PAUZI B IBRAHIM
   01.02.2009-15.12.2010
20
PN HJH NOR AYEZATI BT AWANG
  16.12.2010-

LAGU SEKOLAH

SKS sekolah ku,

                                         Tempat kami menimba ilmu,                                            

Belajar dan berguru,

Capai matlamat yang satu.

Wawasan negara

Kami pertahankan,

Demi maruah bangsa,

Warga yang sempurna,

 Kami perjuangkan,

SKS terus berjaya.

Ilmu Penyuluh Hidup,

Cogan kata yang terpuji,

Semoga dirahmati,

SKS terus berbakti.


Lagu dan Senikata:

 Ahmad Zaki Basar











Isnin, 5 Mac 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

5 Mac 2012 bersamaan dengan hari Isnin, Pusat Sumber Sekolah SK Sapintas telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Nilam. Pelancaran Program Nilam ini diadakan di Dewan Gemilang sekolah bermula dari jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Pelancaran Program Nilam wajib diadakan bagi semua sekolah di negeri Selangor dan satu laporan perlu dihantar ke Pusat Kegiatan Guru daerah masing-masing. Antara tentatif programnya adalah seperti berikut :

7.40 pagi     :  Bacaaan Doa

                       Asmaul Husna

                       Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah

                       Ucapan Guru Perpustakaan & Media

                       Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

                       Lagu Budaya Membaca

                       Persembahan Multimedia Kempen Membaca :
                           Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

                       Persembahan Murid

                       Penyampaian Cenderamata

                       Bersurai



















Sabtu, 3 Mac 2012

PROGRAM NILAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau aduan ke semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program Nilam ini telah bermula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah rendah, Tingkatan 1 dan peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada tahun 1999. Mengikut surat pekeliling ikhtisas bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; pelaksanaan Program Nilam yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program Nilam. Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui surat pekeliling ikhtisas bil.1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah.

Program Nilam ini merupakan satu strategi untuk menanamkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Objektif Program Nilam ini adalah :
  1. Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  3. Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
  4. Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi 'role model' kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
  5. Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
Program Nilam ini mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP). Pada tahap JAUHARI semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah sepanjang tahun. Murid-murid diberi kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Murid-murid diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan buku yang dibaca.

 Sistem Ganjaran Tahap Jauhari Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan / Buku
Pengiktirafan
90  -  179
Gangsa
180  -  269
Perak
270  -  359
Emas
360 ke atas
NILAM

Tahap kedua iaitu Tahap RAKAN PEMBACA (RP), memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di tahap Jauhari, layak memasuki tahap Rakan Pembaca (RP). Walau bagaimanapun aktiviti tahap Jauhari masih lagi diteruskan. Pengiktirafan Rakan Pembaca adalah seperti berikut :

Sistem Ganjaran Tahap Rakan Pembaca
Markah
Pengiktirafan
100  -  199
Gangsa
200  -  299
Perak
300  -  399
Emas
400 ke atas
NILAM

Kesimpulannya, Program Nilam adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan. Ianya juga dapat dijadikan sumber rujukan bagi pihak-pihak yang berminat mengkaji atau menjadikannya sebagai contoh untuk dilaksanakan.

















Jumaat, 2 Mac 2012

KULIAH BULANAN / MAJLIS ILMU

Pendahuluan

 Kuliah atau Majlis Ilmu Bulanan merupakan satu usaha ke arah mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sapintas. Kuliah ini diadakan untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu pengetahuan setiap guru-guru dan kakitangan SK Sapintas di samping meningkatkan sahsiah diri menjadi seorang Muslimin dan Muslimah yang sejati. Kuliah ini melibatkan semua guru dan kakitangan SK Sapintas.

 Rasional

 Melahirkan Muslimin dan Muslimat yang mempunyai pegangan keyakinan terhadap Allah sebagai RABB yang mantap dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan di dalam kehidupan dengan jayanya mengikut lunas Islam.

 Objektif

1.    Menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara hidup Islam yang sebenarnya.

2.      Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru dan kakitangan sekolah.

Alhamdulillah, kuliah bulanan ini telah dapat dijalankan mengikut perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sapintas. Kuliah ini diadakan pada setiap hujung bulan, bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam bertempat di Surau Ibnu Sina, SK Sapintas. Mudahan-mudahan semoga semua ahli Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah mendapat rahmat dan petunjuk serta sentiasa dibawah perlindungan daripada Allah s.w.t. Insyaallah.......

Penceramah Jemputan - Tn Hj Mustafa Kamal bin Adam
Kaunselor Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam

Ahli-Ahli Badan Kebajikan Guru & Kakitangan Khusyuk
Mendengar Kuliah / Tazkirah


MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT

Era alaf 21 menitikberatkan penggunaan teknologi di dalam pelbagai bidang kerjaya yang ada di Malaysia. Tidak ketinggalan juga dalam sistem pendidikan di negara kita Malaysia, penggunaan teknologi menjadi satu alat untuk meningkatkan kecemerlangan sama ada di dalam pengurusan pentadbiran mahupun di dalam bilik darjah. Justeru, pihak Sekolah Kebangsaan Sapintas tidak ketinggalan, berjalan seiring dengan perkembangan yang pesat di dalam penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas iniasitif guru-guru dan kerjasama dari kakitangan serta warga sekolah, maka membudayakan penggunaan ICT ini telah diperluaskan lagi penggunaannya di bilik-bilik khas.

Selain daripada makmal komputer yang sedia ada yang telah dilengkapi dengan peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru telah mewujudkan penggunaan ICT di dalam Pusat Sumber Sekolah, bilik SAC (Self Asscess Centre), Makmal Sains, bilik j-QAF, kelas Prasekolah dan bilik darjah. Penggunaan ICT waktu pengajaran dan pembelajaran amat menarik minat murid-murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini secara tidak langsung mahir menggunakan ICT dan dapat melihat sendiri cara penggunaan ICT dengan betul dan berkesan. Maka, sewajarnya setiap sekolah membudayakan penggunaan ICT sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan ICT ini tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja, bahkan penggunaannya boleh diperluaskan lagi sama ada semasa atau ketika mengadakan program atau aktiviti sekolah, di dalam mesyuarat pengurusan atau guru dan sebagainya.

Pandangan dari pintu utama sekolah 
Makmal Sains


Makmal Komputer
Bilik SAC (Self Asscess Centre)
Bilik j-QAF

Pusat Sumber Sekolah



Kelas Prasekolah
Penggunaan ICT Di Dewan Sekolah - Program Sekolah